Thursday, December 31, 2009

Hari terakhir dalam tahun 2009

Betul-betul masa cepat berlalu.Tiba-tiba dah hujung tahun dan sedar-sedar tinggal beberapa jam lagi nak ke tahun 2010. MasyaAllah, banyak benda yang aku tak selesaikan lagi. Azam tahun 2009 pun aku tak ingat.Moga-moga ditahun baru ni, aku dapat menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Rasanya, balik library nanti aku kena tuliskan azam aku dan buat senarai semak untuk ditampal dipintu bilik. Kalau tidak, sekali lagi sejarah berulang. Apa pun dalam kepala aku dah tersenarai beberapa perkara yang mesti aku selesaikan dan rancangkan dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah. Ya Allah, lindungilah diriku dari segala kejahatan manusia, jin, syaitan dan iblis. Permudahkanlah segala urusanku dan matikanlah diriku dalam iman dan Islam. Amin.
SELAMAT TAHUN BARU & SEMOGA LEBIH SUKSES

Tuesday, December 22, 2009

Farewell untuk Y

Since aku dah bercuti dari rutin sebagai pelajar dari hari Sabtu lagi sehinggalah Selasa, maka hari ni aku kena pergi ke ofis jugak. Sebabnya aku kena hantar hamper untuk kumpulan Hijau yang main petanque pada sukan ofis yang lepas. Lagi pun aku kena submit proposal Maple Project bagi bos baca dulu.

Salwah pun dah memang plan lama nak belanja Y makan-makan sempena farewell dia, so kami decided nak makan steamboat di Johhny's. Zatia, Lin, Iman dan Cical (anak Iman) pun datang, so seronok la kami sambil makan sambil gossip.Hahaha..biasalah perempuan.
Kebetulan MPH ada buat sale so banyak la buku2 yang menjadi idaman yang nak diborong lepas gaji ni. Tapi bagi aku, mana-mana buku yang boleh dipinjam di UKM aku takkan beli kecuali untuk personal collection.

Apapun pada sesiapa yang minat membaca memang tak rugi sebab membaca menambah ilmu dan ilmu tak pernah berkurangan macam kumpul harta. Tak gitu?

Monday, December 21, 2009

Bercuti di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Dek kerana aku dengan tidak sengaja 'terjualkan' parang Rauf dengan suratkhabar maka terus timbul idea nak ke Kota Bharu. Parang tu biasa digunakan untuk melapah kambing selepas sembelih dan ia merupakan pemberian papa kepada dia yang dibeli di Kuala Terengganu. Tanpa fikir panjang, pukul 11 malam hari Sabtu (19 Disember 2009) terus meredah highway ke Pantai Timur. Perjalanan yang agak jauh menyebabkan kaami berhenti di tiga buah tempat sepanjang jalan. Alhamdulillah kami sampai di KB pukul 8 pagi. Terus bersarapan nasi kerabu dengan harga yang sangat murah cuma RM5 untuk kami berdua. Kalau kat KL mesti dekat RM10.
Lepas kenyang kami (actually aku) terus serbu pasar Siti Khadijah. Walaupun kedai banyak tak bukak lagi tapi aku sempat la menyambar dua telekung, 3 tudung bawal, brooch, aksesori dan segala macam yang boleh dibeli.
Lepas pusing sana-sini, aku repeat pasar tu semula sebab dah berjumpa dengan batik sutera yang berkenan di hati. Almaklumlah, kalau kat KL gerenti mahal giler (pasal aku dah survey).
Gara-gara dok sibuk bershopping sampai lupa nak cari hotel. Nasib baik ada hotel Ombak. Murah dah tempat ni best. Malam-malam ada pasar ala-ala uptown kat area hotel (Wakaf Che Yeh). Rauf pulak dok mencari burung tekukur atau balam merata-rata sampai terpaksa mintak tolong ex-student carikan sapa ada jual burung tu. Terimakasih Hidayat!. Akhirnya Rauf dapat burung yang berharga RM400 (bab ni aku tak faham..pasal duit tu boleh buat aku shopping lagi). Isteri tuan punye burung yang asal merupakan orang Kemboja yang sangat pandai berniaga. Admire aku dengan si Zarifah. Dia siap bagi kaftan batik yang dilukis sendiri kat aku. Sempat juga aku mintak nombor telefon si Zarifah. Manalah tahu lepas ni aku pulak nak menimba ilmu usahawan dengan dia.Hehe.Apapun tabik spring kat dia.

Friday, December 18, 2009

Blog terkini

Setelah sekian lama tidak 'berblogging', maka wujudlah satu lagi blog baru yang bertajuk Ekspresi Diri. Walhal selama ni memang ada beberapa blog yang kurang aktif. Dek kerana teruja dengan banyak perkara yang berlaku dalam hidup sejak kebelakangan ni, adalah wajar aku mewujudkan satu lagi blog. Malangnya blog-blog yang lepas terpaksalah di'delete'.
Bukan apa, asal tujuan berblog sebenarnya nak digunakan untuk mempromosikan beberapa barang yang diniagakan. Dah dapat untung sikit terus senyap kejap. Sah-sah bukan usahawan sejati. Tapi tak mengapa sementara aku bercuti panjang selama 7 bulan ni (Nov 2009 hingga June 2010) maka banyaklah idea yang menjengah dikepala ni.
Apapun tujuan asal bercuti masih lagi diutamakan. Sudah pasti aku ingin menghabiskan PhD aku secepat yang mungkin.InsyaAllah, moga Allah mudahkan jalan aku untuk apa jua yang aku lakukan. Amin.